Khamis, 25 Januari 2024

2024 ?

 pahlawan 2024 ?  aman dan makmur 

Ahad, 13 Ogos 2023

hai

Hai apa khabar orang di sana.  Jauh menanti jawapan di awangan ibarat menunggu rumput kembali kehijauan . Bulan terbit kemerahan langit bertukar ungu itulah rujukan hati naluri ini . 

Ahad, 28 Mei 2023

TAPI BAGAIMANA ?

Tidak sedar dari sungai buloh  boleh ke destinasi pantai port dickson , kampung bagan pinang . . . . . .  Niat pada mulanya sekadar mencari sarapan pagi rnr dengkil . Lalu ? Secara pemikiran kosong destinasi hayalan hanya buat pusingan U di seremban  terlajak pulak ke tol rasah tidak tahu destinasi yang dituju seterusnya adalah pantai port dickson .



Apakah yang bermain dalam kaca mata sehingga membawa destinasi yang asing ini . Angin sejuk menghembus ke wajah . Lautan tenang menghempas pantai . Dewasa ini , pandangan berkaca terpancar bergelora ombak tercungap debu kelihatan . 

Penantian atau kebetulan ? 

Rabu, 4 Januari 2023

Selamat Tahun Baru 2023

Selamat Tahun Baru 2023 , azam baru ? ?  ( jodoh , ekonomi , ilmu ) 


Tidak seperti tahun sebelumnya ......... Tahun ini agak suam-suam kuku .Entahlah ? Alhamdulillah umur semakin tinggi setinggi gunung tulang belakang dunia , hurmmm tiada yang baru masih seperti dulu kedekutan semakin ketara . pepatah orang dahulu semakin tua semakin penuh pengalaman tapi betul ke ? macam tidak jer .. ( ehhh betul ke pepatah ni ) 

pengalaman tidak datang begitu sahaja atau adakah perlu kita mencarinya  ? ataukah secara tiba-tiba kita terpaksa menimba pengalaman itu ? ? ? ketibaan tahun 2023 apakah cabaran semakin mencabar dengan ekonomi negara 50/50 siapa yang hebat dia di atas atau sape yang hebat dia di bawah . ura-ura akan berlaku lockdown lagi seperti tahun sebelumnya doakan peristiwa tersebut tidak berulang lagi cukuplah sekali . isu politik acap kali dikaitkan dengan pelbagai peristiwa negara malah dunia ibarat menunggu perang dunia ke-3 !!!  kedatangan tahun 2023 mendatangkan positif atau negatif ? 

tahun 2023 era baru bagi aku ? apakah pengalaman yang lepas cukup bagi aku sesuai dengan era 23 ini ~~~~ seperti ombak berlalu tanpa meninggalkan kesan . debu di pantai tidak lagi berdebu pasir di pantai tidak lagi berpasir batu-batuan di pantai tidak lagi berbatu dan garam di laut semakin tawar . ( mungkin tidak !!! ) " aku makan garam lebih dahulu dari korang " agak sombong kata-kata ini  bila seseorang yang lebih berusia berkata begitu pada orang muda pabila orang muda menunjukkan sikap riak ilmu mereka pada golongan lebih berusia . ilmu yang ditimba digunakan sebagai alat untuk bermegah . ilmu pertama korang patut belajar adalah ADAB . ( atau adabi ? ? ) adakah ini menunjukkan orang yang berkata begitu jiwa mereka telah 'KOYAK' atau sukar menerima ilmu dari golongan jauh lagi muda ... atau pun golongan belia terasa 'KOYAK' sukar menerima mentaliti orang lama? . 

awal tahun sepupu aku  bertunang tepatnya 1 januari 2023 , seperti biasa pada kebanyakkan keluarga berhimpun sanak saudara yang terdekat meraikan  majlis tersebut . majlis bermula selepas waktu zohor dan berjalan dengan lancar tanpa bantahan dari pihak pembangkang. Alhamdulillah semoga jodoh mereka diikat dengan akad nikah dan doa yang tidak putus-putus dari pasangan tersebut  >.< selesai majlis secara mengejut aku mendapat soalan cepu emas paling kerap ( ohhhhh tidakkkkkkk!!!! )  ditanya pada ahli keluarga yang masih bujang [ aku rasa anda boleh meneka dengan tepat tanpa perlu melihat jawapan pada halaman terakhir ] Kenapa perlu ditanya jodoh pasangan orang bujang ? apakah mereka tiada soalan lain ? kalau aku bertanya balik kenapa jodoh maut masih panjang lagi kat makcik pakcik sekalian ? korang rasa pe jawapan mereka ? boleh putus silaturrahim tak ? hahaha macam biasa dengan berseloroh  aku menjawab pertanyaan mereka sekarang musim tengkujuh jadi awan di langit masih lagi tertutup lagi sebab tu jodoh kat negara Rusia kabur lagi . jodoh kat sana sukar nak teropong orang bujang kat sini . tunggu habis musim angin monsun timur laut insha'allah ada tanpa perlu rasa gelabah >.< 

kesimpulannya hiduplah dengan tenang terlalu merancang pun tak boleh jugak jika YANG MAHA PENYAYANG tidak mengizinkan. berdoalan selalu agar dipermudahkan segala urusan duniawi. buatlah amal ibadah dengan ikhlas sebanyak mungkin kelak amal ibadah yang akan menolong kita. dikala ramai yang bertanya apakah azam baru tahun 2023 ? ? aku tidak punya jawapan atas pertanyaan tersebut .

Jumaat, 16 September 2022

cuti 16 . 09 . 2022

Cuti lak . Pe nak wat . . . 

Ahad, 27 Februari 2022

kah3 2022 februari 27

27 Februari 2022

Ok aktif lagi . . . . . . . 

Tiada daya untuk berfikir dengan waras 

Sekian

Selasa, 29 September 2020

sang Gajah berceramah

seterusnya mereka berkata-kata lalu pada wilayah  covid-19 di tahun 2020 aku update lagi blogspot aku . apa yang perlu atau tidak aku tetap teruskan juga . tersebut kisah sang kancil bertemu sang buaya lalu sang gajah berceramah ..... tiada siapa antara mereka memahami garapan sang gajah . cite ini berhenti setakat itu sahaja . 

H2O dihirup tanpa sedar dihembus mengeluarkan kegunaan tumbuhan hijau evergreen , ohh ozon semakin kelaparan . geseran2 seperti gastrik . luka2 di ozon buatan makhluk berakal . tarikh 29 september 2020 aku mulakan dengan semangat kusam . esok2 aku sambung lain naa