Khamis, 1 Januari 2026

selamat tahun baru 2026 , happy new years 2026

Ingin tahu apa status 2026 , dah berkahwin atau bertunang atau berpunya atau berseorangan.  ✌️
Mengenalimu suatu masa dahulu walau singkat buat diri ini semakin sukar mencari teman . Banyak kekurangan diri tanpa sedar diperbaiki , diperbaharui dan diperhalusi . 

Apa khabar keluargamu disana , ingin saya bertemu mereka julung kali tapi apakan daya pertemuan itu hanya mampu dilihat dari jauh . Tempoh yang terlalu singkat itu seolah jauh perjalanannya di tanah asing 

Ujian getir kehilangan insan tersayang dalam hidup  sehari sebelum perayaan deepavali yang lepas bertambah pilu di hati , sengsara tanpa luka di mata hirisan yang mendalam pada lubuk sanubari . Kehilangan susut tubuh seorang emak memberi kesan terlalu mendalam dalam kelancaran perjalanan hidup ini.  Hilangnya doa ibu pada anaknya yang masih tergapai cari hala tujuan dalam dunia ini . 

(Sedekah al-fatihah pada emak saya ) 

Gelap pagi subuh ini menanti sinar nur mentari tiba . Tiba masanya titik tumpuan pada diri sendiri sekian lama membahagiakan kedua orang tua hingga hujung hayat mereka. 

Selamat tahun baru 2026 
Apakah seterusnya ? 

4 ulasan:

mama tisya berkata...

happy new year 2026

ciantau berkata...

Terima kasih

Faizal R berkata...

Semoga ibunya tenang di sana. Hidup perlu diteruskan bro.

ciantau berkata...

Terima kasih tuan