Khamis, 30 Jun 2011

MOGA BERBAHAGIA

iringan doa untuk kamu sentiasa berbahgia disamping keluarga tersayang. tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. mungkin dia berada dekat disampingmu membuatkan kamu membisukan diri. segala yang berlaku membuatkan kamu berfikir sejenak dan membuka mata. ku tahu jurang perbezaan amat ketara, ku harap jurang ini bukan puncanya. aku dapat rasakan perilakumu yang berlainan sebelumnya. sebelum ini kamu ada memberitahuku perihal ada orang datang bertanya tentang kamu dari situ dapat ku rasakan peristiwa menyedihkan akan berlaku, ku harap itu hanyalah mainan perasaan. apapun sejarah sudah berlaku, sekadar menyintai belum cukup untuk semua itu. terima kasih.

Isnin, 27 Jun 2011

BANYAK SANGAT BERFIKIR

lebih kurang 2 minggu, banyak sangat berfikir tentang hari tua kelak.masa masih lagi berjalan tapi langsung tiada apa-apa hasil pun.sedih rasanya masa terlalu banyak terbuang memikirkan hal-hal yang merugikan.

Sabtu, 11 Jun 2011

Dia bukan milik aku

aku dapat rasakan bahawa si dia bukan milik aku, tapi itu semua firasat hati aku, tapi firasat aku tak pernah silap. tapi perasaan ini kuat menyukainya tapi firasat mengatakan aku akan kalah sebelum berjuang.

Khamis, 9 Jun 2011

HARI YANG MENDATANG

Hari yang mendatang akan tiba tetapi dimanakah saya pada masa itu?