Ahad, 17 Julai 2011

Sikap Pada Diri Sendiri Perlu Amanah

Aku selepas ini perlu lebih bersikap amanah pada diri sendiri, tingkatkan disiplin pada ilmu yang baru, jangan takut mencuba ilmu yang baru walaupun tiada pengalaman kena beranikan diri mencuba kemudian baru tahu akan hasilnya. Dalam dunia tiada manusia yang sempurna,cuba engkau beritahu aku manusia manakah dalam dunia ini yang sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W. Tapi itu bukan alasan untuk menakutkan diri sendiri akan kesalahan yang akan terjadi kelak. Jangan sesekali berfikiran seperti "takpe dia ada, dia boleh settlekan kerja tu" ... kalau masih berfikiran seperti itu sampai bila takkan berjaya dalam menimba ilmu. Bila lagi hendak selesaikan masalah itu dengan daya minda sendiri ???? kalau macam itu sampai tua pun masih tak pandai.

Langkah Baru Dalam Pekerjaan

Hari ini aku memulakan langkah baru bertukar tempat kerja walaupun hanya kerja sambilan dan akan menjadi sepenuh masa kelak. Dan ini akan membuatkan aku akan mendalami ilmu-ilmu yang lain.

Selasa, 5 Julai 2011

Sesuatu Yang Baru

Setiap masa sering kali terfikir banyak perkara perihal kehidupan diri sendiri, terasa amat rendahnya diri ini.

Ahad, 3 Julai 2011

Kawan Datang Ke Rumah

Hari ini kawan aku hendak kemari ke rumah aku. Mungkin ada perkara yang hendak dibincangkan.

Hujan Turun

Pagi yang permai bak semua haiwan masih lagi hibernasi. Hujan turun dikala pagi masih bertirai, matahari menyuluh dikala alam mewangi haruman. silauan cahaya indahnya permandangan dituruti pelbagai warna. putih-putih jatuh sejuknya menusuk tulang. tanah lembap kehijauan terpancar serinya. berfikir aku mengapa terjadi kejadian alam yang sebegitu rupa.

Sabtu, 2 Julai 2011

Pagi Yang Subur

kicauan burung berbunyi seolah-olah memberitahu sesuatu cuma tidak dapat difahami manusia.alangkah bagusnya jika dapat memahami bahasa burung sudah pasti banyak perkara yang hendak ditanyakan pada mereka.

Jumaat, 1 Julai 2011

Permulaan Yang Baru

sibukan diri dengan kerja, jangan ragu-ragu lagi. walaupun cara ini akan menyebabkan hati menjadi hitam. utamakan dahulu keluarga.