Khamis, 30 Jun 2011

MOGA BERBAHAGIA

iringan doa untuk kamu sentiasa berbahgia disamping keluarga tersayang. tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. mungkin dia berada dekat disampingmu membuatkan kamu membisukan diri. segala yang berlaku membuatkan kamu berfikir sejenak dan membuka mata. ku tahu jurang perbezaan amat ketara, ku harap jurang ini bukan puncanya. aku dapat rasakan perilakumu yang berlainan sebelumnya. sebelum ini kamu ada memberitahuku perihal ada orang datang bertanya tentang kamu dari situ dapat ku rasakan peristiwa menyedihkan akan berlaku, ku harap itu hanyalah mainan perasaan. apapun sejarah sudah berlaku, sekadar menyintai belum cukup untuk semua itu. terima kasih.

Tiada ulasan: