Jumaat, 14 Oktober 2011

BEKERJA DI TEMPAT KERJA BARU SUASAN BARU SEGALANYA BARU

aku bekerja di tempat kerja baru suasana baru pendek kata semuanya baru, perolehi pengalaman baru.

Ahad, 17 Julai 2011

Sikap Pada Diri Sendiri Perlu Amanah

Aku selepas ini perlu lebih bersikap amanah pada diri sendiri, tingkatkan disiplin pada ilmu yang baru, jangan takut mencuba ilmu yang baru walaupun tiada pengalaman kena beranikan diri mencuba kemudian baru tahu akan hasilnya. Dalam dunia tiada manusia yang sempurna,cuba engkau beritahu aku manusia manakah dalam dunia ini yang sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W. Tapi itu bukan alasan untuk menakutkan diri sendiri akan kesalahan yang akan terjadi kelak. Jangan sesekali berfikiran seperti "takpe dia ada, dia boleh settlekan kerja tu" ... kalau masih berfikiran seperti itu sampai bila takkan berjaya dalam menimba ilmu. Bila lagi hendak selesaikan masalah itu dengan daya minda sendiri ???? kalau macam itu sampai tua pun masih tak pandai.

Langkah Baru Dalam Pekerjaan

Hari ini aku memulakan langkah baru bertukar tempat kerja walaupun hanya kerja sambilan dan akan menjadi sepenuh masa kelak. Dan ini akan membuatkan aku akan mendalami ilmu-ilmu yang lain.

Selasa, 5 Julai 2011

Sesuatu Yang Baru

Setiap masa sering kali terfikir banyak perkara perihal kehidupan diri sendiri, terasa amat rendahnya diri ini.

Ahad, 3 Julai 2011

Kawan Datang Ke Rumah

Hari ini kawan aku hendak kemari ke rumah aku. Mungkin ada perkara yang hendak dibincangkan.

Hujan Turun

Pagi yang permai bak semua haiwan masih lagi hibernasi. Hujan turun dikala pagi masih bertirai, matahari menyuluh dikala alam mewangi haruman. silauan cahaya indahnya permandangan dituruti pelbagai warna. putih-putih jatuh sejuknya menusuk tulang. tanah lembap kehijauan terpancar serinya. berfikir aku mengapa terjadi kejadian alam yang sebegitu rupa.

Sabtu, 2 Julai 2011

Pagi Yang Subur

kicauan burung berbunyi seolah-olah memberitahu sesuatu cuma tidak dapat difahami manusia.alangkah bagusnya jika dapat memahami bahasa burung sudah pasti banyak perkara yang hendak ditanyakan pada mereka.

Jumaat, 1 Julai 2011

Permulaan Yang Baru

sibukan diri dengan kerja, jangan ragu-ragu lagi. walaupun cara ini akan menyebabkan hati menjadi hitam. utamakan dahulu keluarga.

Khamis, 30 Jun 2011

MOGA BERBAHAGIA

iringan doa untuk kamu sentiasa berbahgia disamping keluarga tersayang. tiada niat untuk menyalahkan sesiapa. mungkin dia berada dekat disampingmu membuatkan kamu membisukan diri. segala yang berlaku membuatkan kamu berfikir sejenak dan membuka mata. ku tahu jurang perbezaan amat ketara, ku harap jurang ini bukan puncanya. aku dapat rasakan perilakumu yang berlainan sebelumnya. sebelum ini kamu ada memberitahuku perihal ada orang datang bertanya tentang kamu dari situ dapat ku rasakan peristiwa menyedihkan akan berlaku, ku harap itu hanyalah mainan perasaan. apapun sejarah sudah berlaku, sekadar menyintai belum cukup untuk semua itu. terima kasih.

Isnin, 27 Jun 2011

BANYAK SANGAT BERFIKIR

lebih kurang 2 minggu, banyak sangat berfikir tentang hari tua kelak.masa masih lagi berjalan tapi langsung tiada apa-apa hasil pun.sedih rasanya masa terlalu banyak terbuang memikirkan hal-hal yang merugikan.

Sabtu, 11 Jun 2011

Dia bukan milik aku

aku dapat rasakan bahawa si dia bukan milik aku, tapi itu semua firasat hati aku, tapi firasat aku tak pernah silap. tapi perasaan ini kuat menyukainya tapi firasat mengatakan aku akan kalah sebelum berjuang.

Khamis, 9 Jun 2011

HARI YANG MENDATANG

Hari yang mendatang akan tiba tetapi dimanakah saya pada masa itu?

Sabtu, 14 Mei 2011

kita sentiasa belajar

dalam hidup ini kita sering kali melalui perjalanan yang tanpa diduga berlaku terhadap diri sendiri. kejutan demi kejutan berlaku membuatkan kita berfikir sejenak kenapa semua ini berlaku.kita mempersoalkan kenapa semua ini boleh berlaku terhadap diri sendiri kenapa tidak pada orang lain. kehidupan yang berlalu telah menjadi sejarah dari situ akan menjadi pembelajaran yang baru terpulang pada diri sendiri untuk mengambil ikhtibar.

Isnin, 25 April 2011

lama x update

lama x update sebab sibuk dengan kerja-kerja di bengkel sehingga xde fokus pada blog huhuhu ......

Ahad, 20 Mac 2011

bertemu rakan lama

pada pukul 5 petang tadi aku bertemu dengan rakan rakan lama di Uptown Damansara di gerai minum rajah.cuaca hujan rintih-rintih pada masa itu, di sana aku bertemu dengan rakan lama yang sudah 2 bulan tidak bertemu akibat kesibukan kerja.

kenduri-kendara


kelmarin dan hari ini memanjang dengan majlis kenduri kendara rakan taulan. kelmarin semasa waktu makan tengahari aku mengambil kesempatan singgah di majlis persandingan member sekolah. waktu rehat aku pada hari sabtu setengah jam sahaja sebab hari sabtu waktu tamat kerja pada pukul 3 petang. lagipun majlis berlansung berhampiran dengan kawasan tempat kerja. selama setengah jam aku berada di sana bersama rakan aku. suasana persekitaran majlis sangat meriah, kedatangan pelbagai kaum penyeri suasana di sana, aku dapat lihat pelbagai kaum yang hadir, kaum india, kaum cina, kaum melayu, serta bangsa-bangsa luar negara seperti rakyat bangladesh,myanmar serta indonesia. mereka sepakat datang bersama atas jemputan bapa pengantin. aku tidak sempat bertemu dengan pengantin disebabkan kesuntukan masa. aku mengucapkan tahniah pada bapa pengantin yang sibuk melayan tetamu.

Dan pada hari ini pula tengahari tadi aku berada di majlis persandingan rakan taulan aku di kawasan kejiranan PKNS kampung sungai kayu ara. cuaca pada masa itu redup tanda sebentar sahaja lagi akan hujan. semasa kompang dipalu cuaca sudah semakin gelap, setelah selesai adat istiadat majlis seperti persembahan silat hujan pun turun, dan pengantin diarak masuk ke meja pelamin. setelah selesai majlis tersebut aku pulang ke rumah.

Sabtu, 19 Mac 2011

tengahari yang begitu sibuk

hari ini tempat kerja aku setiap hari sabtu setengah hari sahaja waktu bekerja iaitu dari pukul 9 pagi sehingga pukul 3 petang dan hari ini juga kekurangan tenaga kerja di tempat kerja. kedua-dua bos aku mengambil cuti, manakala 'chief mechanic' masih lagi bercuti, manakala "second chief mechanic" lewat masuk kerja akibat kesan luka pada dahinya bernanah akibat kesan kemalangan kecil di tempat kerja semalam. kerja-kerja tertangguh dia aku uruskan satu persatu. setelah siap kerja "major job" aku menyambung kembali kerja-kerja aku pula. aku perlu menyiapkan kerja aku pada hari itu juga. keadaan menjadi kelam kabut sedikit akibat kekurangan tenaga kerja, banyak kerja yang perlu di"cover". pada pukul 11 pagi Ron-"chief mechanic" masuk kerja kembali setelah selesai berjumpa doktor lalu baki kerja yang aku tidak sempat buat aku serahkan padanya.

pakcik aku masuk hospital

baru sahaja sebentar tadi lebih kurang pukul 8.10 pagi, aku mendapat satu berita dari sepupu aku yang bapa mereka dimasukkan ke hospital akibat tekanan darah tinggi semalam. aku doakan moga pakcik aku itu dalam berkeadaan baik.amin

Jumaat, 18 Mac 2011

persandingan member sekali lagi

esok tengahari, kawan zaman sekolah aku akan bersanding diatas pelamin. kad-kad jemputan telah pun diberi kebetulan majlis kenduri itu berlangsung berhampiran dengan kawasan tempat kerja aku. jadi amat memudahkan aku mengunjungi majlis tersebut dan esok juga merupakan hari bekerja, sabtu. aku akan pergi dengan member aku semasa aku keluar makan tengahari.aku doakan majlis persandingan rakanku itu berjalan dengan lancar serta aku doakan mereka berbahgia disampingan insan tersayang.aminnnnnnn

kerja makin sibuk



selepas tengahari sahaja, kerja aku semakin sibuk aku perlu menyiapkan kerja-kerja aku itu, kerja aku selepas itu masih lagi 'normal maintainance service'. tukar minyak hitam, minyak 'automatic transmission oil', 'axel oil'. dan terdapat satu aduan - stering agak keras semasa memotong dan setelah aku periksa didapati :lower arm ball joint telah "jem" dan ini menyebabkan stering agak ketat semasa memusing.

kerja makin belambak





hari ini kerja aku semakin menimbun akibat kekurangan tenaga kerja di tempat aku. hari ini aku melakukan kerja-kerja 'maintain service' dari pagi sampai ke petang. sebuah MB berenjin diesel 'normal service' dan setelah di periksa semua 'V-Belt' telah merekah dan perlu di tukar. dan setelah di buka V-Belt aku turut periksa keadaan 'idle bearing pulley'. kebiasaannya setiap kali menukar V-belt 'idle bearing pulley' pasti akan rosak. jikalau tidak tukar 'bearing' itu takut-takut nanti komponen itu akan pecah. dan bila komponen itu pecah segala fungsi 'alternator', 'power stering', 'aircorn' dan 'water pump cooling' akan berhenti dengan serta merta dan ini boleh menyebabkan kenderaan itu akan berlakunya keadaan yang bernama "break down". dan keadaan ini juga boleh menyebabkan pemandu menjadi kelam-kabut akibat kesukaran memusingkan 'stering' kereta kerana kegagalan 'power stering pump' berfungsi. "power stering pump" berfungsi untuk melembutkan dan menyenangkan pemandu memotong "stering" kereta dan bila keadaan ini berlaku juga boleh menyebabkan kemalangan kereta di atas jalan raya.

kucing aku buang air besar

aku malam tadi terlupa hendak keluarkan kucing aku dari ruang tamu, dan aku terlelap dengan kusyuknya akibat badan keletihan. dan pagi tadi aku bangun tidur dan terbau haruman yang kurang menyenangkan hidungku. aku dapat mengecam haruman itu dan aku lekas-lekas bangkit dari tidur aku lalu aku lihat hujung kaki aku di atas selimut aku yang berlonggok sudah mempunyai tahi kucing dan aku terpijak najis itu yang masih lagi hangat, ini bermakna najis itu masih lagi baru sahaja di keluarkan. dan aku lihat kucing aku sudah berada di atas meja komputer aku. aku cepat-cepat mengangkatnya keluar agar kesan najisnya itu tidak terkena pada barangan komputer aku. aku sudah kelam-kabut sebab aku terbangun lewat pada pukul 6.30 pagi. aku membersihkan kesan najis itu pada selimut aku.

Khamis, 17 Mac 2011

Yee Mee Uptown Damansara

tadi pada pukul 9.30 malam bertempat di Uptown Damansara, selepas urusan bank-in duit selesai aku singgah makan malam bersama kawan baik, atan. pada masa itu aku tengok orang ramai makan di sana. aku biasa makan di tempat biasa, Steven Corner. Di situ aku biasa mengambil pesanan makanan yang biasa aku suka makan iaitu Yee Mee - RM5 je aku biasa akan makan 2 pinggan kawan aku pula akan makan sepinggan sahaja walaupun berbadan besar tapi selera makan dia tidak berapa ketara berbanding aku. kawan aku mengambil pesanan yang sama Yee Mee. minuman pula - tea o limau ais manakala aku pula tea 'o' panas - RM2.60. sambil makan kami berborak perihal kerja masing-masing dengar khabar dari dia bahawasenya syarikat kerja dia akan melelong stor simpanan barangan elektroknik dengan harga RM1.6 juta. dengar kata juga stor simpanan itu dijual disebabkan pergaduhan antara adik beradik tauke besar mereka. stor simpanan itu dibeli atas nama adik tauke tersebut manakala abangnya pula hanya menumpang disebabkan adiknya juga mempunyai share dalam syarikat tersebut. disebabkan pergaduhan adik beradik mereka stor simpanan terpaksa dilelong dan terpaksa mencari stor simpanan yang lain pula dan syarikat tempat kerja kawan aku itu terpaksa dipindah ke kawasan yang lebih jauh sedikit dari kawasan tempat tinggal mereka. setelah dibincang oleh pengurus cawangan stor simpanan tersebut tauke besar mereka sanggup berdebat untuk membeli stor simpanan tersebut dengan harga RM 2 juta oncash. setelah leka berborak makanan yang aku makan telah habis lalu aku membuat pembuat pesanan satu lagi Yee Mee. Makanan disitu memang menyelerakan tambah-tambah lagi segar-segar belaka sayur yang mereka hidangkan harga pula berpatutan. sebenarnya aku suka makan Yee Mee disebabkan makanan ini masa zaman sekolah ada dijual di kedai-kedai kantin. setelah tamat pengajian di sekolah menengah aku terus kerja di bengkel kereta. setelah lebih kurang 8 tahun aku tidak merasa makanan itu disebabkan aku tidak tahu nama makanan itu. Yee Mee adalah makanan cina. jadi aku tidak berani makan makanan itu di kedai cina sebab tak halal. jadi aku cuba cari di kedai-kedai cina muslim tapi mereka tidak membuat makanan itu sebab penjelasan aku kurang jelas agaknya 'lah'. entah macam mana mungkin secara kebetulan, aku kebetulan keluar makan bersama keluarga member dan mereka mengajak aku makan di Uptown Damansara dan kebetulan makan di kedai Steven Corner yang hanya menjual Chicken Chop dan aku tidak tahu yang dia telah lama membuka kedai yang lain pula mungkin aku hanya singgah makan di kedai dia sahaja, mungkin. dan mereka duduk singgah di kedai Steven Corner yang lain pula. mereka meminta aku memesan makanan tapi aku tengok adik member aku makan makanan yang berasap-asap baru sahaja masak. lalau aku mengikut makanan dia yang makan itu juga. setelah siap di masak aku dihidangkan makanan itu dan aku terkejut kerana makanan itu adalah makanan yang sama pada zaman sekolah aku selalu jamah. dan baru aku tahu namanya iaitu Yee Mee. setelah selesai makan aku memesan satu lagi Yee Mee, hehehe. keluarga member aku melihat aku khusyuk makan lalu aku cakap makanan Yee Mee ini sangat sedap rindu zaman sekolah.

p/s :- kalau korang semua nak merasa makanan Yee Mee ni korang datang la Uptown Damansara, Steven Corner korang order Yee Mee pasti puas hati sebab tadi aku tengok time makan kat situ memamg agak ramai juga yang memesan Yee Mee tersebut. RM 5 sahaja.

suspension berbunyi

hari ini masuk satu kereta MB model s-class, sebelum ini 'owner' membuat aduan tentang 'suspension' berbunyi, selelah diperiksa "suspension - Upper Arm" telah rosak. dan "problem" itu sudah selesai. dan kali ini beberapa minggu kemudian "owner" yang sama membuat aduan tentang masalah yang sama iaitu "suspension noise" dan kali ini setelah diperiksa masalah itu berlaku pada "suspension - Lower Arm Ball Joint" telah longgar - rosak.
setelah ditukar masalah itu selesai.

aku tak letak gambar sebab sibuk tak sempat nak ambil.

Rabu, 16 Mac 2011

engine top overhaul MB model W124







pukul 2 petang sebaik sahaja aku masuk kerja balik aku terus membuat kerja-kerja aku. sebuah kereta mercedes benz model 124 berenjin 6 silinder.

kerja tertangguh sudah siap 95%

pagi tadi hujan lebat bermula dari pukul 8 pagi dan mulai surut lebih pukul 10 pagi.
aku masuk kerja agak lewat pada pukul 9.42 pagi. rakan-rakan aku sudah pun sampai sebab mereka menaiki kereta masing-masing hanya aku sahaja pergi kerja berjalan kaki. aku menyambung kerja aku itu.menambah minyak "auto gear box" setelah cukup aku memeriksa minyak-minyak yang lain seperti minyak hitam, minyak "power stering". kemudian aku "test drive on the road". didapati kereta itu kurang "pick-up" dan "less power" aku balik ke bengkel dan aku "tuning" balik enjin. didapati "c.o" agak kurang. setelah siap aku "test drive" dan didapati "power" enjin itu o.k cuma "pick-up" sahaja yang kurang. setelah di periksa "air flow" sudah rosak yang mengakibatkan kuasa "pick-up" agak kurang. aku info kepada boss aku. dia akan "test drive" kemudian. dan selepas itu memberitahu aku membuat "engine top overhaul" di kereta yang lain kerana asap putih telah keluar pada ekzos.

Selasa, 15 Mac 2011

kerja tertangguh sudah siap

akhirnya kerja-kerja aku yang tertangguh telah siap 90% sekarang ini hanya tinggal menambah minyak "auto gear box" sahaja sebab lagi 4 liter lagi tidak cukup. setelah komponen "valve cover gasket" telah sampai, aku terus memasangnya hari ini kerja agak sibuk bermula dari pagi tadi kerja aku bermula dengan "servis" sebuah kereta model 124 nombor plat 5225... setelah selesai kerja aku itu aku memeriksa komponen-komponen yang lain,,, kerosakan didapati pada "gear box coupling"
kesan kerosakan - semasa penukaran gear 1 ke 2 atau 3 terasa seperti agak kasar serta keras....
didapati terdapat kebocoran minyak pada "axel oil seal" dan kebocoran juga terdapat pada enjin iaitu "flywheel oil seal"
setelah selesai aku meneruskan kerja-kerja yang lain pula aku menyambung kerja-kerja aku semalam, membuka komponen-komponen "cylinder head V6". dan aku membersihkan komponen itu setelah siap aku melakukan kerja-kerja seterusnya iaitu "grinding valve"
semasa melakukan kerja-kerja itu, "valve cover gasket" telah sampai dihantar oleh dispad.aku terus menyiapkan kerja-kerja itu dahulu, setelah siap dipasang aku memasukkan minyak enjin sebanyak 8 liter sebanyak 2 botol minyak 4 liter. aku masukkan minyak "auto gear box" 4 liter dan kurang 2 liter minyak lagi. tidak mengapa esok boleh "order" minyak itu.kemudian aku masukkan air ke dalam radiotor. setelah selesai je semua itu aku memasukkan terminal kepala bateri untuk "start" enjin tersebut. 3 kali "start" barulah enjin berjaya dihidupkan.

Unifi

beberapa minggu yang lepas aku mendapat panggilan dari pihak telekom, berkenaan dengan promosi jalur lebar terbaru dari pihak mereka - Unifi. pihak mereka mempromosikan kelajuan bl bla bla..... dengan harga sekian sekian sekian... yang membuat aku tertarik ialah pakej VIP 5 iaitu bulanan hanya membayar RM149 dengan kontrak 2 tahun. dengan kelajuan 5mbp berbanding dengan kelajuan streamyx 1mbp. yuran bulanan streamyx aku ialah RM88 sewa talian telefon sebanyak RM26 total semua RM114. beza hanya RM35 sahaja. keistimewaannya pula kalau aku telefon kemana-mana sahaja talian tetap telekom bayarannya adalah percuma. tapi yang menyedihkan ialah aku perlu memakai nombor telefon yang baru jadi nombor telefon rumah aku yang lama tidak boleh ditukar ke talian nombor Unifi dan pihak operator itu memberitahu aku yang nombor telefon rumah masih boleh dikekal dengan kadar sewa bulanan separuh harga. jika aku hendak menukar pelan Unifi aku boleh hantarkan salinan IC ke email mereka, dengan alamat email sekian sekian sekian ...
dan hari ini aku baru terfikir yang aku hendak menukar pelan Unifi tersebut dan aku menelefon pihak TM dan bertanya tentang Unifi dan mereka memberikan aku nombor telefon yang perlu aku hubungi 1-300-88-1222 lalu aku menelefon pihak Unifi niat di hati hendak betanya lebih lanjut. aku bertanya tentang promosi yang telah mereka lakukan minggu sebelum ini, tapi pihak mereka pula yang bertanya kepada aku tentang alamat email yang pihak mereka berikan, aku baru sahaja hendak bertanya alamat email mereka yang perlu di hantar salinan IC itu.Ok abaikan sahaja tentang salinan ic itu.... aku pun dah pening kepala macam mana hendak susun bahasa aku itu hahaha, dipendekkan cerita, mereka suruh aku masuk ke laman website mereka unifi.my dan aku masuk ke website mereka. dan mereka suruh aku klik pada 'apply now' dan aku terkejut semuanya bahasa 'omputeh' aku tanya tak ada ke dalam bahasa melayu bukankah TM ini kepunyaan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mereka?????? pihak operator diam seketika dan dia menyuruh aku memasuki portal mereka bagaimana hendak mengisi borang-borang dalam 'apply now' itu. macam sakit hati pun ada orang melayu sendiri dah tak nak guna bahasa bangsa sendiri malu atau kampung kalau pakai bahasa melayu erk ? apasalahnya kalau buat website mereka itu dalam dua bahasa satu bahasa malaysia satu lagi bahasa inggeris.

facebook

pagi-pagi lagi aku sudah bangun tido lebih kurang pukul 5.05 pagi, aku terus "on" kan komputer aku dan internet aku. kemudian aku masuk website "facebook" untuk "upload" beberapa gambar semasa kenduri member hari ahad. kelajuan men "upload" gambar pada masa pagi subuh agak laju tiada kecacatan tapi apabila aku men "upload" gambar pada belah tengahari, petang atau malam sesungguhnya agak menyedihkan kerana setiap kali aku men "upload" pada masa itu selalu sahaja lambat walaupun fail gambar bersaiz 500kb ke bawah. apabila aku men "upload" gambar di blogspot aku cepat sahaja selesai.

Isnin, 14 Mac 2011

mimpi

semalam aku masuk tidur anggaran pada pukul 10.30 malam. dalam keletihan itu aku terlelap dengan nyenyak. tidur aku amat lena sehingga aku boleh terbangun pada pukul 12.23 tengah malam. kemudian aku menyambung tidur aku kembali dan pada masa itu aku termimpi bahawa yang aku telah bertunang dengan gadis itu.aku seperti tidak menyangka aku boleh bertunang [dalam mimpi memanglah boleh berlaku macam-macam] aku tersentak lalu aku terbangun dari tidurku itu. baru aku tahu bahawa itu adalah mainan tidur semata-mata bila badan sudah letih pelbagai mimpi boleh muncul. lagipun sudah sekian lama aku tidur tidak bermimpi. tapi entah kenapa sejak dua menjak ini aku sering kali termimpi akan si dia. penanda apakah itu ? atau adakah permaianan minda akibat terlalu banyak berfikir tentang si dia, keadaan dia, kesihatan dia, kegembiran dan kesedihan dia?.

cuaca

cuaca petang semakin gelap bermula pada pukul 4.30 petang kecerahan semakin malap. pada pukul 5 petang awan semakin mendung, awan hitam mula berarak dengan laju sebagai penanda hujan lebat beserta kilat terpancar dan guruh berbunyi dengan kuat. 10minit sebelum pukul 6 petang hujan turun dengan lebatnya sehingga mengakibatkan jalan dilingani air hujan yang banyak. keadaan sistem perparitan yang lemah mengakibat jalan di kawasan bengkel sentiasa berlaku "mini banjir" kenderaan lalu lalang mula kelihatan memperlahankan kenderaan masing-maisng. hampir selama 1 jam kemudian barulah hujan mula kelihatan reda sedikit demi sedikit. pada masa itu aku dengan member 'melepakkan' diri di kedai mamak sementara menunggu hujan reda sepenuhnya sebelum pulang ke rumah masing-masing.

hari bekerja

setelah dua hari aku cuti menolong member dipersiapan majlis perkahwinannya, kini aku mula bekerja seperti biasa dan banyak juga kerja-kerja tertangguh aku perlu siapkan dengan kadar segera. suasana kerja di tempat kerja bekeadaan seperti biasa, seawal jam 9 pagi, aku memulakan tugas. keadaan di bengkel agak bersepah kerana malam semalam hujan turun, banyak daun-daun kering bertaburan sekeliling bengkel. tugas aku pada pagi itu membersihkan dahulu bengkel bersama rakan sekerja yang lain. Muguthan atau panggilan di tempat kerja dikenali sebagai Boy iaitu "chief mechanic" di tempat kerja menyapu daun-daun di perkarangan luar bengkel manakala aku dan Ron Prakash membersihkan daun-daun kering di dalam bengkel. setelah selesai tugasan itu kami mmebuat kerja masing-masing.Boy dengan tugasnya menyiapkan kerja-kerja "engine overhaul", Ron pula memasang komponen "system brake". dan aku pula menyiapkan kerja-kerja "engine top overhaul". manakala Mohan pula menyiapkan kerja "servis"nya sebuah kereta mpv naza ria. setelah siap kerja-kerja berkaitan dengan "engine top overhaul" aku menukar minyak automatik gear box beserta "auto filter" dan "auto gasket" selepas itu aku menukar pula "fuel filter" selesai sahaja kerja itu aku memeriksa balik kerja-kerja aku itu. setelah berpuas hati aku menunggu satu lagi komponen enjin iaitu "valve cover gasket".hanya tinggal satu komponen itu sahaja segala kerja "top overhaul" boleh selesai. ada sebelah petangnya, boss menyuruh aku membuat segala valve pada "cylinder head model V6 engine" untuk di "valve polishing".

semalam yang sibuk

























semalam di hari persandingan member aku. pengunjung tidak putus-putus datang berkunjung.mereka terdiri daripada saudara mara sahabat handal serta kenalan keluarga pengantin. seperti biasa seawal pagi pekerja-pekerja catering sibuk bertungkus lumus membentangkan alas meja untuk dikemas kini. pada pukul 1 tengahari dijangka pengantin akan bakal tiba bersama pasangannya. pengunjung mula membanjiri dewan majlis daripada sedikit semakin bertambah dengan kehadiran raja sehari. hadirin terdiri daripada golongan tua muda serta kanak-kanak. sebaik pengantin melangkah masuk ke dewan, kompang bertalu-talu berbunyi. pengantin pelahan-lahan berjalan ke atas pelamin pengantin. rombongan daripada pihak pengantin perempuan seramai 60 orang mula memberi tumpuan ke meja makan. majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara shahrulnizam yang merupakan sahabat semasa zaman sekolah. dia berada di malaysia setelah bumi Mesir bergolak dengan rusuhan politik. setelah doa dibaca majlis dimulakan dengan sepatah dua dari pengacara majlis. majlis dimulakan dengan upacara menepung tawar dari kalangan keluarga terdekat pengantin. acara juga diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat lama pengantin serta dimeriahkan dengan gelak ketawa sahabat handal. hadirin juga bergambar bersama-sama dengan pengantin di atas pelamin. setelah selesai acara menepung tawar oleh keluarga masing-masing. acara diteruskan dengan santapan makanan beradab, pengantin berjalan seiring dengan pasangannya serta pengapit masing-masing. makanan di atas meja terhidang sedap, hehehe aku yang berdiri diatas ini pun semakin lapar hahaha.semasa pengantin menikmati hidangan sahabat handal datang untuk memberi ucapan tahniah serta bergambar kenangan. pengantin tak menang tangan, pengunjung datang ke meja santapan untuk bergambar bersama. setelah selesai majlis santapan acara diteruskan dengan bergambar bersama keluarga dan sahabat handal di atas pelamin. acara berlangsung sehingga pukul 3 petang setelah selesai sesi bergambar pengantin turun dari pelamin untuk bersalaman dengan pengunjung. aku mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan sahabat lama berborak panjang lebar.aku berada di atas beranda untuk merakamkan suasana majlis diatas beranda dewan untuk dipertontonkan kepada mak pengantin kerana tidak dapat bersama pada majlis tersebut kerana kesihatan yang amat tidak menggalakkan. acara selesai pada pukul 4 petang.












Ahad, 13 Mac 2011

persandingan member




hari ini di pagi hari ahad. member aku akan bersanding di atas pelamin di Dewan Sri Tanjung, Universiti Malaya.semalam setelah selesai urusan pemasangan pelamin oleh pihak mak andam. aku menolong kakak kepada pengantin menyiapkan sususan 'bunga telur'.kerja-kerja menyiapkan persiapan pengantin berlangsung selama lebih kurang 3 jam. setelah selesai kerja itu, kami berehat sebentar.pada sebelah tengah malam nya datang pula pakcik pengantin baru, sekadar hendak melihat persiapan perkahwinan anak buahnya.kalau ada kekurangan pada majlis itu dia akan memberitahu mereka.perangai pakcik mereka yang suka mengarah tidak disukai oleh anak-anak buahnya.apa boleh buat, walau tidak suka mereka adalah keluarga bersama juga.kami berehat sebentar sebelum memasang penanda penunjuk arah(signboard) ke majlis perkahwinan.pada pukul satu suku pagi,kami memulakan tugas memacak "signboard". di waktu itu keadaan jalan raya agak lengang jadi keselamatan lebih selamat dan sentiasa mengambil tindakan berjaga-jaga.pekerjaan itu berlangsung selama dua jam. pada pukul 3.15 pagi kami semua pulang kerumah masing-masing.

Sabtu, 12 Mac 2011

tengahari yang sibuk








tengahari tadi setelah selesai mengemas rumah pengantin, aku balik ke rumah bersihkan diri.tengahari lebih kurang pada pukul 1.20 petang. aku ke dewan sri tanjung terletak di universiti malaya.di sana aku membantu menyusun meja makan serta menunggu ketibaan pelamin untuk dipasang.

hari yang sibuk

hari ini adalah hari sabtu iaitu hari yang sibuk dan aku mengambil cuti pada hari ini kerana membantu rakanku pada persiapan di majlis persandingan perkahwinannya.minggu lepas persandingan di belah pihak perempuan, kali ini persandingan di belah pihak lelaki pula.
aktiviti hari ini adalah seperti mengemas perkarangan rumah,memacak "signboard" jemputan perkahwinannya dan pelbagai lagi.

Jumaat, 11 Mac 2011

kerja tertangguh sekali lagi

hari ini tak banyak kerja yang aku perlu buat hanya menyiapkan kerja-kerja yang masih lagi tertangguh.hari ini juga boss aku mengambil cuti, jadi keadaan bengkel dijaga oleh boss kedua aku.pukul 9 pagi tadi hujan mula turun dari langit sehingga ke petang masih lagi hujan tanpa henti.suasana kerja hari ini agak tegang disebabkan tekanan kerja yang diberikan.baru sahaja aku hendak menyambung kerja-kerja aku yang tertangguh, boss 2nd aku menyuruh aku menyiapkan kerja yang lain pula.hari ini mekanik hanya dua orang sahaja.terdapat empat mekanik didalam bengkel.seorang kerani dua orang boss ( share partner) jadi jumlahnya 7 pekerja dalam sebuah bengkel itu.seorang mekanik mengikut boss 2nd aku "breakdown" sebuah kereta di shah alam manakala seorang lagi masih belum masuk bekerja akibat hujan lebat di ampang,kuala lumpur.kerja aku itu adalah membuat servis,menukar "front brake pad" serta menukar "wiper blade rubber".kerja-kerja itu berlangsung sehingga tengahari, dalam pada masa yang sama juga aku membantu rakan kerja aku menyiapkan kerjanya.rakan sekerja aku bernama RON PRAKASH berbangsa INDIA dan beragama kristian berumur dalam lingkungan 30'an masih lagi single dan sudah mempunyai teman wanita :) hari ini kerja rakan ku menukar "gear column bush" kerana sukar menukar gear serta batang "joystick" sudah longgar - "mercedes benz model W123 manual gear box".
pada sebelah tengahari rakan sekerja aku masuk kerja agak lewat sebab keadaan jalan raya yang sesak luarbiasa.dia kembali menyiapkan tugasan kerja dia, menyelesaikan kebocoran minyak pada enjin dan didapati kebocoran itu berlaku pada bahagian komponen "oil filter housing" dibawah komponen itu terdapat sebuah O-RING yang telah mengeras - penyelesaiannya tukar O-RING baru.

senarai servis

disini aku ingin menyenaraikan panduan untuk rujukan aku semasa melakukan "servis" kereta:-


1. periksa kembali paras sukatan minyak enjin,(engine oil level)istilah yang biasa diguna pakai dalam bengkel.

2. periksa paras sukatan minyak kotak gear ( automatik transmission fluid)atau(gear box)serta periksa juga kebersihan minyak "gear box" samada kotor atau bersih. kebiasaanya warna minyak "gear box" bagi sistem "automatic" adalah merah serta kuning keperangan manakala warna minyak "gear box" bagi sistem "manual" adalah kuning , hijau kekuningan serta merah.kebiasaannya,jika warna minyak "gear box" adalah coklat keperangan serta gelap kemungkinan minyak "gear box" itu haruslah ditukar bersama penapis minyak (oil filter) atau (auto filter)

3. periksa paras sukatan minyak kuasa kawalan (power stering) kebiasaannya minyak berwarna merah akan tetapi ada sesetengah model minyak "power stering" berwarna kuning jernih keperangan.kenipisan minyak pada sesetengah model adalah berlainan.jika tersalah guna minyak besar kemungkinan akan berlaku kebocoran minyak.

4. periksa paras sukatan minyak "brake".kebiasaannya apabila paras minyak "brake" berkurangan dengan banyak sehingga mencapai paras minimum besar kemungkinan berlaku 3 kerosakan:-
pertama - kebocoran minyak pada "brake master pump" cuba lihat kapet di kawasan "brake pedal" samada berminyak atau tidak.jika berminyak (minyak brake) "brake master pump" perlulah ditukar.
kedua - kebocoran minyak pada sistem perpaipan minyak "brake",kebiasaannya berlaku pada kebocoran pada "brake hose"serta "brake silinder pump".jika berlaku kebocoran perlulah ditukar.
ketiga - kehausan pada "brake pad" dan "brake disc" akan menyebabkan komponen-komponen itu menjadi nipis, dan keadaan ini akan menyebabkan pengurangan paras minyak "brake".

5. periksa keadaan tayar, jika telah haus atau botak perlulah ditukar dengan kadar segera.

TERDAPAT 2 KEUTAMAAN PADA SEBUAH KERETA:- TAYAR DAN SYSTEM BRAKE.JIKA BERLAKU KEROSAKAN PADA KOMPONEN-KOMPONEN "SYSTEM BRAKE" PERLULAH DITUKAR SECEPAT YANG MUNGKIN.INI KERANA "SYSTEM BRAKE" ADALAH AMAT PENTING UNTUK MEMPERLAHANKAN DAN MEMBERHENTIKAN SEBUAH KERETA.JIKA BERLAKU KEHAUSAN BUNGA PADA TAYAR PERLULAH DITUKAR SEKADAR YANG SEGERA.INI KERANA SEBUAH KERETA DITAMPUNG BEBAN OLEH TAYAR,APABILA BERLAKU KEPECAHAN TAYAR SEMASA BERGERAK,KOMPONEN PERTAMA YANG AKAN DITEKAN DAHULU OLEH PEMANDU ADALAH BRAKE.CUBA BAYANGKAN SEMASA MEMBRAKE,TIBA-TIBA BRAKE GAGAL BERFUNGSI (MUNGKIN BRAKE PAD TELAH NIPIS TAPI DEGIL TAKNAK TUKAR ATAU BERLAKU KEBOCORAN MINYAK TAPI DEGIL TAK NAK TUKAR)INI AKAN MENGAKIBATKAN BERLAKUNYA KEMALANGAN.JIKA BERLAKU KEMALANGAN TOLONGLAH JANGAN CARI MEKANIK UNTUK DIPERSALAHKAN.

6. periksa paras sukatan air pada tangki air (radiotor water) @ (cooling system), periksa juga jikalau terdapat kebocoran air pada tangki dan enjin.

7. periksa tangki air bagi pengilap cermin (wiper blade) serta keadaan getah(rubber) pengilap cermin (wiper blade).jikalau keadaan "wiper blade" kurang baik silalah tukar sebab cuaca di malaysia sekarang ini selalu hujan pada sebelah petang.periksa juga pancutan air "wiper motor" pada cermin samada pancutan air itu tepat pada tengah-tengah cermin atau tidak. jika tidak haruslah diperbetulkan arah pancutan air pada cermin.

8. periksa sistem tali sawat(fan belt,V belt, alternator belt, aircorn belt, power stering belt) jikalau berlaku kerosakan seperti "fan belt" merekah, retak atau kesan-kesan pecah-pecah haruslah ditukar.

9. periksa sistem pembersihan angin (air cleaner system) jika kotor haruslah ditukar.

10. periksa kesejukkan "aircorn". jikalau kurang sejuk, tambahlah "aircorn gas" serta periksa jikalau terdapat kerosakan atau kebocoran pada komponen-komponen "cooling system".

11. periksa kelicitan dan sukatan pada minyak "Axel".

12. periksa minyak "Hidraulic".[jika ada]

13. periksa segala jenis sistem perlampuan (interior & exterior lightning system).lampu yang paling penting adalah lampu "brake" dan lampu penunjuk arah(signal lamp).

Khamis, 10 Mac 2011

masih lagi tertangguh




hari ini pada keesokkan harinya aku menyambung kembali tugasan kerja aku yang tertangguh itu.Lebih kurang pada pukul 9.15 pagi, aku menyambung kembali kerja2 aku itu.
ok,sekarang ini telah siap separuh dari kerja-kerja aku itu, sekarang ini hanya tinggal memasang kompenan-kompenan enjin sahaja.baru sahaja aku hendak menyiapkan kerja-kerja aku itu, boss aku telah menyuruh aku menyambung kerja-kerja "servis" semalam.jadi, aku pun membuat kerja-kerja itu.
kerja-kerja aku itu adalah menukar "brake pad","brake disc" serta menukar minyak "brake" dan "air filter".
Semasa aku hendak menukar "brake pad" belakang (rear brake pad) didapati "brake caliper piston" telah "jem".jadi aku memberitahu kepada boss aku perihal itu, terus dia cakap boleh buat masalah "jem' itu. jadi aku membuka "brake caliper" itu untuk ditukar "o-ring piston brake" yang telah mengeras penyebab berlakunya masalah "brake jam" itu.

kerja tertangguh lagi

hari ini aku sibuk dengan kerja-kerja yang tertangguh.aku menyambung kembali kerja-kerja aku seperti lazimnya.semalam sebelum masa balik lebih kurang pukul 4.30 petang, aku ada membuat sebuah kereta untuk di "servis" dan aku membuatnya sambil-sambil itu aku turut memeriksa sistem "suspension","brake","cooling water","air(angin)" serta aku turut memeriksa "level" minyak "power stering",enjin, "automatic transmission" dan "brake".Didapati keempat-empat sistem "brake" telah habis digunakan pada "brake pad" dan juga "brake disc" serta kelinciran minyak "brake" telah kotor.Manakala sistem "air" pada "air filter" telah kotor.Jadi, jalan penyelesaiannya dengan hanya menukar ganti "spare part" itu. Setelah memberitahu pada Boss aku tentang kerosakan pada kerete itu aku mengemas peralatan "spanar" aku.Jadi, kerja-kerja aku yang tertangguh itu aku sambung pada keesokan harinya.Waktu bekerja aku dari pukul 9 pagi hingga 6 petang jikalau ada kerja lagi selepas pukul 6.30 petang dikira "over time".

Selasa, 8 Mac 2011

Lengang




hari ini aku memulakan kerja, suasana kerja hari ini agak suram dan lengang. kerja aku hari ini menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh. aku ingat nak siapkan kerja aku itu tapi ada kerja lain pulak yang boss suruh aku dahulukan. jadi aku menyambung kerja aku itu kemudian. kerja aku hari ini ialah membuka "Gear Box" menyelesaikan masalah kebocoran minyak pada enjin kereta. kebocoran minyak berlaku pada "Flywheel Oil Seal" di belakang enjin iaitu antara enjin dan gear box.

bila hati dah jatuh

sejak dua menjak ni hati aku sering kali tak keruan ye lah asyik jumpa orang yang sama, boleh diibratkan seperti jatuh hati, lebih kurang cam tu la.aku tak pernah bertanya soalan yang banyak kat orang perempuan tapi entah macam mana aku boleh bertanya bermacam-macam soalan kat dia dan dia pula berborak baik dengan aku share pengalaman kerja masing-masing walaupun daripada bidang yang jauh sama sekali tidak sama. aku ada mengalami masalah pertuturan,gagap. dan aku juga mempunyai sikap yang amat mudah gugup bila gugup mesti aku cakap tersekat-sekat. aku juga amat-amat jarang sekali berborak dengan kaum hawa melainkan keluarga sendiri. malam itu seperti sesi suai kenal dengannya. walaupun aku sebelum ni memang dah kenal cuma kenal gitu-gitu je tak pernah lebih dari itu pun.

Isnin, 7 Mac 2011

keletihan

korang tau,dalam masa 2 hari bercuti ni sabtu dan ahad 5 dan 6 mac 2011,pelbagai pengalaman aku alami.aku tak tahu, hati aku rasa seperti bebas terbang walaupun minda amat-amat letih.korang tau,kawan aku pada hari sabtu kelmarin akan melangsungkan majlis pernikahannya dan aku berada di sana untuk memberi sokongan moral kepadanya.seperti umumnya,majlis-majlis seperti itu banyak memberi tekanan minda kepada bakal si pengantin.alhamdulillah majlis berlangsung dengan tenang,setelah selesai solat isyak' majlis terus dilangsungkan oleh tok kadi iaitu juru tukang
akad nikah.dalam 15 minit tok kadi memberi kata-kata ucapan nikah kepada kawanku itu.setelah selesai,tok kadi memberikan laluan kepada bapa bakal pengantin untuk memulakan majlis akad itu.''aku nikahkan dikau dengan sekian-sekian dengan mas kahwinnya sebanyak seribu satu ringgit (rm1001) tunai'' dan kawan aku menjawab ''aku terima nikahnya dengan sekian-sekian dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai'' lalu bapa si bakal pengantin bertanya pada panel saksi dan panel saksi menjawab ''sah'' dan sahlah kawan aku dah menjadi suami kepada seorang perempuan.majlis berlangsung dengan lancar.tok kadi memberikan kata-kata ucapan kepada si pengantin tugas sang suami kepada sang isteri.setelah selesai kawan aku aku diminta membaca syarat-syarat pe n tah aku tak pasti setelah selesai kawan aku mentanda tangani surat perjanjian.selesai je tok kadi membaca doa.setelah selesai tok kadi membaca doa majlis bersurai.selepas itu kawan aku terus membuat solat sunat.amin,majlis berjalan dengan jayanya.

Ahad, 6 Mac 2011

pagi ahad

pagi yang sunyi,aku berada di krt taman melayu di kampar,perak.aku bangun pada pukul 5.30 pagi.aku berada disini bersama rakan aku dirumah pakciknya untuk menghadiri majlis pernikahannya.alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar hanya sekali lafaz.syukur segalanya berjalan dengan lancar walaupun pada awalnya agak kelam kabut.

pagi ahad

pagi yang sunyi,aku berada di krt taman melayu di kampar,perak.aku bangun pada pukul 5.30 pagi.aku berada disini bersama rakan aku dirumah pakciknya untuk menghadiri majlis pernikahannya.

Sabtu, 5 Mac 2011

rakan ku akan bergelar suami

malam nanti menjadi sejarah bagi rakan ku yang akan bergelar suami kepada seorang perempuan. aku akan berada di majlis itu berlangsung untuk memberi sokongan moral kepadanya. harap segalanya berjalan dengan baik.amin

Selasa, 1 Mac 2011

paip pecah


ku sangka kan paip utama syabas pecah rupa2nya mereka sedang menyelenggarakan 'flashing'.tengahari tadi aku menelefon pihak puspel di talian 1 - 800 - 88 - 5252 untuk membuat laporan tentang paip utama mereka pecah. dan mereka mengambil report sahaja. setelah aku balik dari kerja aku tengok dah tiada lagi berlaku kebocoran paip utama lagi . jadi aku anggap kes itu sudah selesai. sewaktu malam harinya, aku dengar seperti hujan dan aku lihat di luar berlaku lagi kebocoran air di tempat yang sama lalu aku menelefon pihak puspel untuk melaporkan perkara itu, setelah beberapa lama minit menunggu talian di sambungkan ke pihak mereka, dan aku melaporkan kejadian itu.pihak dorang memberitahu hal yang sebenarnya, pihak mereka sedang melakukan pembersihan paip2 utama seluruh damansara jaya dan kerja2 pembersihan itu dilakukan selama 24 jam jadi keesokan harinya pada pukul 8 pagi kerja2 itu sudah selesai dilakukan, jikalau paip air masih lagi mengeluarkanair seperti yang dilaporkan sebelum ini, sila menelefon pihak kami semula untuk kerja2 pembaikpulihan.

Isnin, 28 Februari 2011

kesilapan

hari ini aku melakukan kesilapan yang memang agak besar sehingga boleh menyusahkan rakan2 kerja aku. aku terlupa mengunci pintu stor peralatan 'spanar' semasa hendak pulang ke rumah.

Ahad, 27 Februari 2011

kelmarin

kelmarin pukul 2.30 petang, aku menolong kawanku pindah rumah,bertolak dari kayu ara ke rimba damansara menuju ke subang bestari.agak banyak jugak perkakas2 rumah. minggu depan hari sabtu malam dia akan bernikah gadis pilihan hatinya. harap segalanya berjalan dengan lancar.amin. macam aku je yang nak bernikah hahaha walau apa-apa pun aku doakan yang terbaik untuk kawan aku itu.

Sabtu, 26 Februari 2011

sekian lama

''mak aih'', dah 3 tahun aku 'x' aktif ber'log' , baru hari 'ni' aku teringat aku pernah jugak ada 'blog' setelah ditanya 'clark' di tempat kerja ku. jadi, "open" balik sama ada masih lagi aktif atau sudah auto lupus.alhamdulillah,masih lagi aktif. setelah sekian lama masa silih berganti, masa bergerak terlalu pantas, superman pun yang dapat terbang dengan pantas pun x dapat nak mengejarnya,setuju.ku hendak mengambil masa untuk "wat praktikal" perkara alah 'tu'.