Ahad, 17 Julai 2011

Sikap Pada Diri Sendiri Perlu Amanah

Aku selepas ini perlu lebih bersikap amanah pada diri sendiri, tingkatkan disiplin pada ilmu yang baru, jangan takut mencuba ilmu yang baru walaupun tiada pengalaman kena beranikan diri mencuba kemudian baru tahu akan hasilnya. Dalam dunia tiada manusia yang sempurna,cuba engkau beritahu aku manusia manakah dalam dunia ini yang sempurna selain Nabi Muhammad S.A.W. Tapi itu bukan alasan untuk menakutkan diri sendiri akan kesalahan yang akan terjadi kelak. Jangan sesekali berfikiran seperti "takpe dia ada, dia boleh settlekan kerja tu" ... kalau masih berfikiran seperti itu sampai bila takkan berjaya dalam menimba ilmu. Bila lagi hendak selesaikan masalah itu dengan daya minda sendiri ???? kalau macam itu sampai tua pun masih tak pandai.

Tiada ulasan: