Rabu, 4 Januari 2023

Selamat Tahun Baru 2023

Selamat Tahun Baru 2023 , azam baru ? ?  ( jodoh , ekonomi , ilmu ) 


Tidak seperti tahun sebelumnya ......... Tahun ini agak suam-suam kuku .Entahlah ? Alhamdulillah umur semakin tinggi setinggi gunung tulang belakang dunia , hurmmm tiada yang baru masih seperti dulu kedekutan semakin ketara . pepatah orang dahulu semakin tua semakin penuh pengalaman tapi betul ke ? macam tidak jer .. ( ehhh betul ke pepatah ni ) 

pengalaman tidak datang begitu sahaja atau adakah perlu kita mencarinya  ? ataukah secara tiba-tiba kita terpaksa menimba pengalaman itu ? ? ? ketibaan tahun 2023 apakah cabaran semakin mencabar dengan ekonomi negara 50/50 siapa yang hebat dia di atas atau sape yang hebat dia di bawah . ura-ura akan berlaku lockdown lagi seperti tahun sebelumnya doakan peristiwa tersebut tidak berulang lagi cukuplah sekali . isu politik acap kali dikaitkan dengan pelbagai peristiwa negara malah dunia ibarat menunggu perang dunia ke-3 !!!  kedatangan tahun 2023 mendatangkan positif atau negatif ? 

tahun 2023 era baru bagi aku ? apakah pengalaman yang lepas cukup bagi aku sesuai dengan era 23 ini ~~~~ seperti ombak berlalu tanpa meninggalkan kesan . debu di pantai tidak lagi berdebu pasir di pantai tidak lagi berpasir batu-batuan di pantai tidak lagi berbatu dan garam di laut semakin tawar . ( mungkin tidak !!! ) " aku makan garam lebih dahulu dari korang " agak sombong kata-kata ini  bila seseorang yang lebih berusia berkata begitu pada orang muda pabila orang muda menunjukkan sikap riak ilmu mereka pada golongan lebih berusia . ilmu yang ditimba digunakan sebagai alat untuk bermegah . ilmu pertama korang patut belajar adalah ADAB . ( atau adabi ? ? ) adakah ini menunjukkan orang yang berkata begitu jiwa mereka telah 'KOYAK' atau sukar menerima ilmu dari golongan jauh lagi muda ... atau pun golongan belia terasa 'KOYAK' sukar menerima mentaliti orang lama? . 

awal tahun sepupu aku  bertunang tepatnya 1 januari 2023 , seperti biasa pada kebanyakkan keluarga berhimpun sanak saudara yang terdekat meraikan  majlis tersebut . majlis bermula selepas waktu zohor dan berjalan dengan lancar tanpa bantahan dari pihak pembangkang. Alhamdulillah semoga jodoh mereka diikat dengan akad nikah dan doa yang tidak putus-putus dari pasangan tersebut  >.< selesai majlis secara mengejut aku mendapat soalan cepu emas paling kerap ( ohhhhh tidakkkkkkk!!!! )  ditanya pada ahli keluarga yang masih bujang [ aku rasa anda boleh meneka dengan tepat tanpa perlu melihat jawapan pada halaman terakhir ] Kenapa perlu ditanya jodoh pasangan orang bujang ? apakah mereka tiada soalan lain ? kalau aku bertanya balik kenapa jodoh maut masih panjang lagi kat makcik pakcik sekalian ? korang rasa pe jawapan mereka ? boleh putus silaturrahim tak ? hahaha macam biasa dengan berseloroh  aku menjawab pertanyaan mereka sekarang musim tengkujuh jadi awan di langit masih lagi tertutup lagi sebab tu jodoh kat negara Rusia kabur lagi . jodoh kat sana sukar nak teropong orang bujang kat sini . tunggu habis musim angin monsun timur laut insha'allah ada tanpa perlu rasa gelabah >.< 

kesimpulannya hiduplah dengan tenang terlalu merancang pun tak boleh jugak jika YANG MAHA PENYAYANG tidak mengizinkan. berdoalan selalu agar dipermudahkan segala urusan duniawi. buatlah amal ibadah dengan ikhlas sebanyak mungkin kelak amal ibadah yang akan menolong kita. dikala ramai yang bertanya apakah azam baru tahun 2023 ? ? aku tidak punya jawapan atas pertanyaan tersebut .

2 ulasan:

Faizal berkata...

Ooh bujang lagi rupanya.

ciantau berkata...

Itu lah tu ☺️