Isnin, 14 Mac 2011

hari bekerja

setelah dua hari aku cuti menolong member dipersiapan majlis perkahwinannya, kini aku mula bekerja seperti biasa dan banyak juga kerja-kerja tertangguh aku perlu siapkan dengan kadar segera. suasana kerja di tempat kerja bekeadaan seperti biasa, seawal jam 9 pagi, aku memulakan tugas. keadaan di bengkel agak bersepah kerana malam semalam hujan turun, banyak daun-daun kering bertaburan sekeliling bengkel. tugas aku pada pagi itu membersihkan dahulu bengkel bersama rakan sekerja yang lain. Muguthan atau panggilan di tempat kerja dikenali sebagai Boy iaitu "chief mechanic" di tempat kerja menyapu daun-daun di perkarangan luar bengkel manakala aku dan Ron Prakash membersihkan daun-daun kering di dalam bengkel. setelah selesai tugasan itu kami mmebuat kerja masing-masing.Boy dengan tugasnya menyiapkan kerja-kerja "engine overhaul", Ron pula memasang komponen "system brake". dan aku pula menyiapkan kerja-kerja "engine top overhaul". manakala Mohan pula menyiapkan kerja "servis"nya sebuah kereta mpv naza ria. setelah siap kerja-kerja berkaitan dengan "engine top overhaul" aku menukar minyak automatik gear box beserta "auto filter" dan "auto gasket" selepas itu aku menukar pula "fuel filter" selesai sahaja kerja itu aku memeriksa balik kerja-kerja aku itu. setelah berpuas hati aku menunggu satu lagi komponen enjin iaitu "valve cover gasket".hanya tinggal satu komponen itu sahaja segala kerja "top overhaul" boleh selesai. ada sebelah petangnya, boss menyuruh aku membuat segala valve pada "cylinder head model V6 engine" untuk di "valve polishing".

Tiada ulasan: