Jumaat, 18 Mac 2011

kerja makin belambak





hari ini kerja aku semakin menimbun akibat kekurangan tenaga kerja di tempat aku. hari ini aku melakukan kerja-kerja 'maintain service' dari pagi sampai ke petang. sebuah MB berenjin diesel 'normal service' dan setelah di periksa semua 'V-Belt' telah merekah dan perlu di tukar. dan setelah di buka V-Belt aku turut periksa keadaan 'idle bearing pulley'. kebiasaannya setiap kali menukar V-belt 'idle bearing pulley' pasti akan rosak. jikalau tidak tukar 'bearing' itu takut-takut nanti komponen itu akan pecah. dan bila komponen itu pecah segala fungsi 'alternator', 'power stering', 'aircorn' dan 'water pump cooling' akan berhenti dengan serta merta dan ini boleh menyebabkan kenderaan itu akan berlakunya keadaan yang bernama "break down". dan keadaan ini juga boleh menyebabkan pemandu menjadi kelam-kabut akibat kesukaran memusingkan 'stering' kereta kerana kegagalan 'power stering pump' berfungsi. "power stering pump" berfungsi untuk melembutkan dan menyenangkan pemandu memotong "stering" kereta dan bila keadaan ini berlaku juga boleh menyebabkan kemalangan kereta di atas jalan raya.

Tiada ulasan: