Ahad, 20 Mac 2011

kenduri-kendara


kelmarin dan hari ini memanjang dengan majlis kenduri kendara rakan taulan. kelmarin semasa waktu makan tengahari aku mengambil kesempatan singgah di majlis persandingan member sekolah. waktu rehat aku pada hari sabtu setengah jam sahaja sebab hari sabtu waktu tamat kerja pada pukul 3 petang. lagipun majlis berlansung berhampiran dengan kawasan tempat kerja. selama setengah jam aku berada di sana bersama rakan aku. suasana persekitaran majlis sangat meriah, kedatangan pelbagai kaum penyeri suasana di sana, aku dapat lihat pelbagai kaum yang hadir, kaum india, kaum cina, kaum melayu, serta bangsa-bangsa luar negara seperti rakyat bangladesh,myanmar serta indonesia. mereka sepakat datang bersama atas jemputan bapa pengantin. aku tidak sempat bertemu dengan pengantin disebabkan kesuntukan masa. aku mengucapkan tahniah pada bapa pengantin yang sibuk melayan tetamu.

Dan pada hari ini pula tengahari tadi aku berada di majlis persandingan rakan taulan aku di kawasan kejiranan PKNS kampung sungai kayu ara. cuaca pada masa itu redup tanda sebentar sahaja lagi akan hujan. semasa kompang dipalu cuaca sudah semakin gelap, setelah selesai adat istiadat majlis seperti persembahan silat hujan pun turun, dan pengantin diarak masuk ke meja pelamin. setelah selesai majlis tersebut aku pulang ke rumah.

Tiada ulasan: