Rabu, 16 Mac 2011

kerja tertangguh sudah siap 95%

pagi tadi hujan lebat bermula dari pukul 8 pagi dan mulai surut lebih pukul 10 pagi.
aku masuk kerja agak lewat pada pukul 9.42 pagi. rakan-rakan aku sudah pun sampai sebab mereka menaiki kereta masing-masing hanya aku sahaja pergi kerja berjalan kaki. aku menyambung kerja aku itu.menambah minyak "auto gear box" setelah cukup aku memeriksa minyak-minyak yang lain seperti minyak hitam, minyak "power stering". kemudian aku "test drive on the road". didapati kereta itu kurang "pick-up" dan "less power" aku balik ke bengkel dan aku "tuning" balik enjin. didapati "c.o" agak kurang. setelah siap aku "test drive" dan didapati "power" enjin itu o.k cuma "pick-up" sahaja yang kurang. setelah di periksa "air flow" sudah rosak yang mengakibatkan kuasa "pick-up" agak kurang. aku info kepada boss aku. dia akan "test drive" kemudian. dan selepas itu memberitahu aku membuat "engine top overhaul" di kereta yang lain kerana asap putih telah keluar pada ekzos.

Tiada ulasan: