Isnin, 14 Mac 2011

mimpi

semalam aku masuk tidur anggaran pada pukul 10.30 malam. dalam keletihan itu aku terlelap dengan nyenyak. tidur aku amat lena sehingga aku boleh terbangun pada pukul 12.23 tengah malam. kemudian aku menyambung tidur aku kembali dan pada masa itu aku termimpi bahawa yang aku telah bertunang dengan gadis itu.aku seperti tidak menyangka aku boleh bertunang [dalam mimpi memanglah boleh berlaku macam-macam] aku tersentak lalu aku terbangun dari tidurku itu. baru aku tahu bahawa itu adalah mainan tidur semata-mata bila badan sudah letih pelbagai mimpi boleh muncul. lagipun sudah sekian lama aku tidur tidak bermimpi. tapi entah kenapa sejak dua menjak ini aku sering kali termimpi akan si dia. penanda apakah itu ? atau adakah permaianan minda akibat terlalu banyak berfikir tentang si dia, keadaan dia, kesihatan dia, kegembiran dan kesedihan dia?.

Tiada ulasan: