Sabtu, 19 Mac 2011

tengahari yang begitu sibuk

hari ini tempat kerja aku setiap hari sabtu setengah hari sahaja waktu bekerja iaitu dari pukul 9 pagi sehingga pukul 3 petang dan hari ini juga kekurangan tenaga kerja di tempat kerja. kedua-dua bos aku mengambil cuti, manakala 'chief mechanic' masih lagi bercuti, manakala "second chief mechanic" lewat masuk kerja akibat kesan luka pada dahinya bernanah akibat kesan kemalangan kecil di tempat kerja semalam. kerja-kerja tertangguh dia aku uruskan satu persatu. setelah siap kerja "major job" aku menyambung kembali kerja-kerja aku pula. aku perlu menyiapkan kerja aku pada hari itu juga. keadaan menjadi kelam kabut sedikit akibat kekurangan tenaga kerja, banyak kerja yang perlu di"cover". pada pukul 11 pagi Ron-"chief mechanic" masuk kerja kembali setelah selesai berjumpa doktor lalu baki kerja yang aku tidak sempat buat aku serahkan padanya.

Tiada ulasan: