Jumaat, 11 Mac 2011

kerja tertangguh sekali lagi

hari ini tak banyak kerja yang aku perlu buat hanya menyiapkan kerja-kerja yang masih lagi tertangguh.hari ini juga boss aku mengambil cuti, jadi keadaan bengkel dijaga oleh boss kedua aku.pukul 9 pagi tadi hujan mula turun dari langit sehingga ke petang masih lagi hujan tanpa henti.suasana kerja hari ini agak tegang disebabkan tekanan kerja yang diberikan.baru sahaja aku hendak menyambung kerja-kerja aku yang tertangguh, boss 2nd aku menyuruh aku menyiapkan kerja yang lain pula.hari ini mekanik hanya dua orang sahaja.terdapat empat mekanik didalam bengkel.seorang kerani dua orang boss ( share partner) jadi jumlahnya 7 pekerja dalam sebuah bengkel itu.seorang mekanik mengikut boss 2nd aku "breakdown" sebuah kereta di shah alam manakala seorang lagi masih belum masuk bekerja akibat hujan lebat di ampang,kuala lumpur.kerja aku itu adalah membuat servis,menukar "front brake pad" serta menukar "wiper blade rubber".kerja-kerja itu berlangsung sehingga tengahari, dalam pada masa yang sama juga aku membantu rakan kerja aku menyiapkan kerjanya.rakan sekerja aku bernama RON PRAKASH berbangsa INDIA dan beragama kristian berumur dalam lingkungan 30'an masih lagi single dan sudah mempunyai teman wanita :) hari ini kerja rakan ku menukar "gear column bush" kerana sukar menukar gear serta batang "joystick" sudah longgar - "mercedes benz model W123 manual gear box".
pada sebelah tengahari rakan sekerja aku masuk kerja agak lewat sebab keadaan jalan raya yang sesak luarbiasa.dia kembali menyiapkan tugasan kerja dia, menyelesaikan kebocoran minyak pada enjin dan didapati kebocoran itu berlaku pada bahagian komponen "oil filter housing" dibawah komponen itu terdapat sebuah O-RING yang telah mengeras - penyelesaiannya tukar O-RING baru.

Tiada ulasan: