Isnin, 7 Mac 2011

keletihan

korang tau,dalam masa 2 hari bercuti ni sabtu dan ahad 5 dan 6 mac 2011,pelbagai pengalaman aku alami.aku tak tahu, hati aku rasa seperti bebas terbang walaupun minda amat-amat letih.korang tau,kawan aku pada hari sabtu kelmarin akan melangsungkan majlis pernikahannya dan aku berada di sana untuk memberi sokongan moral kepadanya.seperti umumnya,majlis-majlis seperti itu banyak memberi tekanan minda kepada bakal si pengantin.alhamdulillah majlis berlangsung dengan tenang,setelah selesai solat isyak' majlis terus dilangsungkan oleh tok kadi iaitu juru tukang
akad nikah.dalam 15 minit tok kadi memberi kata-kata ucapan nikah kepada kawanku itu.setelah selesai,tok kadi memberikan laluan kepada bapa bakal pengantin untuk memulakan majlis akad itu.''aku nikahkan dikau dengan sekian-sekian dengan mas kahwinnya sebanyak seribu satu ringgit (rm1001) tunai'' dan kawan aku menjawab ''aku terima nikahnya dengan sekian-sekian dengan mas kahwinnya seribu satu ringgit tunai'' lalu bapa si bakal pengantin bertanya pada panel saksi dan panel saksi menjawab ''sah'' dan sahlah kawan aku dah menjadi suami kepada seorang perempuan.majlis berlangsung dengan lancar.tok kadi memberikan kata-kata ucapan kepada si pengantin tugas sang suami kepada sang isteri.setelah selesai kawan aku aku diminta membaca syarat-syarat pe n tah aku tak pasti setelah selesai kawan aku mentanda tangani surat perjanjian.selesai je tok kadi membaca doa.setelah selesai tok kadi membaca doa majlis bersurai.selepas itu kawan aku terus membuat solat sunat.amin,majlis berjalan dengan jayanya.

Tiada ulasan: