Selasa, 15 Mac 2011

kerja tertangguh sudah siap

akhirnya kerja-kerja aku yang tertangguh telah siap 90% sekarang ini hanya tinggal menambah minyak "auto gear box" sahaja sebab lagi 4 liter lagi tidak cukup. setelah komponen "valve cover gasket" telah sampai, aku terus memasangnya hari ini kerja agak sibuk bermula dari pagi tadi kerja aku bermula dengan "servis" sebuah kereta model 124 nombor plat 5225... setelah selesai kerja aku itu aku memeriksa komponen-komponen yang lain,,, kerosakan didapati pada "gear box coupling"
kesan kerosakan - semasa penukaran gear 1 ke 2 atau 3 terasa seperti agak kasar serta keras....
didapati terdapat kebocoran minyak pada "axel oil seal" dan kebocoran juga terdapat pada enjin iaitu "flywheel oil seal"
setelah selesai aku meneruskan kerja-kerja yang lain pula aku menyambung kerja-kerja aku semalam, membuka komponen-komponen "cylinder head V6". dan aku membersihkan komponen itu setelah siap aku melakukan kerja-kerja seterusnya iaitu "grinding valve"
semasa melakukan kerja-kerja itu, "valve cover gasket" telah sampai dihantar oleh dispad.aku terus menyiapkan kerja-kerja itu dahulu, setelah siap dipasang aku memasukkan minyak enjin sebanyak 8 liter sebanyak 2 botol minyak 4 liter. aku masukkan minyak "auto gear box" 4 liter dan kurang 2 liter minyak lagi. tidak mengapa esok boleh "order" minyak itu.kemudian aku masukkan air ke dalam radiotor. setelah selesai je semua itu aku memasukkan terminal kepala bateri untuk "start" enjin tersebut. 3 kali "start" barulah enjin berjaya dihidupkan.

Tiada ulasan: