Ahad, 13 Mac 2011

persandingan member




hari ini di pagi hari ahad. member aku akan bersanding di atas pelamin di Dewan Sri Tanjung, Universiti Malaya.semalam setelah selesai urusan pemasangan pelamin oleh pihak mak andam. aku menolong kakak kepada pengantin menyiapkan sususan 'bunga telur'.kerja-kerja menyiapkan persiapan pengantin berlangsung selama lebih kurang 3 jam. setelah selesai kerja itu, kami berehat sebentar.pada sebelah tengah malam nya datang pula pakcik pengantin baru, sekadar hendak melihat persiapan perkahwinan anak buahnya.kalau ada kekurangan pada majlis itu dia akan memberitahu mereka.perangai pakcik mereka yang suka mengarah tidak disukai oleh anak-anak buahnya.apa boleh buat, walau tidak suka mereka adalah keluarga bersama juga.kami berehat sebentar sebelum memasang penanda penunjuk arah(signboard) ke majlis perkahwinan.pada pukul satu suku pagi,kami memulakan tugas memacak "signboard". di waktu itu keadaan jalan raya agak lengang jadi keselamatan lebih selamat dan sentiasa mengambil tindakan berjaga-jaga.pekerjaan itu berlangsung selama dua jam. pada pukul 3.15 pagi kami semua pulang kerumah masing-masing.

Tiada ulasan: