Isnin, 14 Mac 2011

semalam yang sibuk

























semalam di hari persandingan member aku. pengunjung tidak putus-putus datang berkunjung.mereka terdiri daripada saudara mara sahabat handal serta kenalan keluarga pengantin. seperti biasa seawal pagi pekerja-pekerja catering sibuk bertungkus lumus membentangkan alas meja untuk dikemas kini. pada pukul 1 tengahari dijangka pengantin akan bakal tiba bersama pasangannya. pengunjung mula membanjiri dewan majlis daripada sedikit semakin bertambah dengan kehadiran raja sehari. hadirin terdiri daripada golongan tua muda serta kanak-kanak. sebaik pengantin melangkah masuk ke dewan, kompang bertalu-talu berbunyi. pengantin pelahan-lahan berjalan ke atas pelamin pengantin. rombongan daripada pihak pengantin perempuan seramai 60 orang mula memberi tumpuan ke meja makan. majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh saudara shahrulnizam yang merupakan sahabat semasa zaman sekolah. dia berada di malaysia setelah bumi Mesir bergolak dengan rusuhan politik. setelah doa dibaca majlis dimulakan dengan sepatah dua dari pengacara majlis. majlis dimulakan dengan upacara menepung tawar dari kalangan keluarga terdekat pengantin. acara juga diserikan dengan kehadiran sahabat-sahabat lama pengantin serta dimeriahkan dengan gelak ketawa sahabat handal. hadirin juga bergambar bersama-sama dengan pengantin di atas pelamin. setelah selesai acara menepung tawar oleh keluarga masing-masing. acara diteruskan dengan santapan makanan beradab, pengantin berjalan seiring dengan pasangannya serta pengapit masing-masing. makanan di atas meja terhidang sedap, hehehe aku yang berdiri diatas ini pun semakin lapar hahaha.semasa pengantin menikmati hidangan sahabat handal datang untuk memberi ucapan tahniah serta bergambar kenangan. pengantin tak menang tangan, pengunjung datang ke meja santapan untuk bergambar bersama. setelah selesai majlis santapan acara diteruskan dengan bergambar bersama keluarga dan sahabat handal di atas pelamin. acara berlangsung sehingga pukul 3 petang setelah selesai sesi bergambar pengantin turun dari pelamin untuk bersalaman dengan pengunjung. aku mengambil kesempatan ini untuk berjumpa dengan sahabat lama berborak panjang lebar.aku berada di atas beranda untuk merakamkan suasana majlis diatas beranda dewan untuk dipertontonkan kepada mak pengantin kerana tidak dapat bersama pada majlis tersebut kerana kesihatan yang amat tidak menggalakkan. acara selesai pada pukul 4 petang.












Tiada ulasan: