Selasa, 15 Mac 2011

Unifi

beberapa minggu yang lepas aku mendapat panggilan dari pihak telekom, berkenaan dengan promosi jalur lebar terbaru dari pihak mereka - Unifi. pihak mereka mempromosikan kelajuan bl bla bla..... dengan harga sekian sekian sekian... yang membuat aku tertarik ialah pakej VIP 5 iaitu bulanan hanya membayar RM149 dengan kontrak 2 tahun. dengan kelajuan 5mbp berbanding dengan kelajuan streamyx 1mbp. yuran bulanan streamyx aku ialah RM88 sewa talian telefon sebanyak RM26 total semua RM114. beza hanya RM35 sahaja. keistimewaannya pula kalau aku telefon kemana-mana sahaja talian tetap telekom bayarannya adalah percuma. tapi yang menyedihkan ialah aku perlu memakai nombor telefon yang baru jadi nombor telefon rumah aku yang lama tidak boleh ditukar ke talian nombor Unifi dan pihak operator itu memberitahu aku yang nombor telefon rumah masih boleh dikekal dengan kadar sewa bulanan separuh harga. jika aku hendak menukar pelan Unifi aku boleh hantarkan salinan IC ke email mereka, dengan alamat email sekian sekian sekian ...
dan hari ini aku baru terfikir yang aku hendak menukar pelan Unifi tersebut dan aku menelefon pihak TM dan bertanya tentang Unifi dan mereka memberikan aku nombor telefon yang perlu aku hubungi 1-300-88-1222 lalu aku menelefon pihak Unifi niat di hati hendak betanya lebih lanjut. aku bertanya tentang promosi yang telah mereka lakukan minggu sebelum ini, tapi pihak mereka pula yang bertanya kepada aku tentang alamat email yang pihak mereka berikan, aku baru sahaja hendak bertanya alamat email mereka yang perlu di hantar salinan IC itu.Ok abaikan sahaja tentang salinan ic itu.... aku pun dah pening kepala macam mana hendak susun bahasa aku itu hahaha, dipendekkan cerita, mereka suruh aku masuk ke laman website mereka unifi.my dan aku masuk ke website mereka. dan mereka suruh aku klik pada 'apply now' dan aku terkejut semuanya bahasa 'omputeh' aku tanya tak ada ke dalam bahasa melayu bukankah TM ini kepunyaan Malaysia yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai bahasa kebangsaan mereka?????? pihak operator diam seketika dan dia menyuruh aku memasuki portal mereka bagaimana hendak mengisi borang-borang dalam 'apply now' itu. macam sakit hati pun ada orang melayu sendiri dah tak nak guna bahasa bangsa sendiri malu atau kampung kalau pakai bahasa melayu erk ? apasalahnya kalau buat website mereka itu dalam dua bahasa satu bahasa malaysia satu lagi bahasa inggeris.

Tiada ulasan: