Jumaat, 11 Mac 2011

senarai servis

disini aku ingin menyenaraikan panduan untuk rujukan aku semasa melakukan "servis" kereta:-


1. periksa kembali paras sukatan minyak enjin,(engine oil level)istilah yang biasa diguna pakai dalam bengkel.

2. periksa paras sukatan minyak kotak gear ( automatik transmission fluid)atau(gear box)serta periksa juga kebersihan minyak "gear box" samada kotor atau bersih. kebiasaanya warna minyak "gear box" bagi sistem "automatic" adalah merah serta kuning keperangan manakala warna minyak "gear box" bagi sistem "manual" adalah kuning , hijau kekuningan serta merah.kebiasaannya,jika warna minyak "gear box" adalah coklat keperangan serta gelap kemungkinan minyak "gear box" itu haruslah ditukar bersama penapis minyak (oil filter) atau (auto filter)

3. periksa paras sukatan minyak kuasa kawalan (power stering) kebiasaannya minyak berwarna merah akan tetapi ada sesetengah model minyak "power stering" berwarna kuning jernih keperangan.kenipisan minyak pada sesetengah model adalah berlainan.jika tersalah guna minyak besar kemungkinan akan berlaku kebocoran minyak.

4. periksa paras sukatan minyak "brake".kebiasaannya apabila paras minyak "brake" berkurangan dengan banyak sehingga mencapai paras minimum besar kemungkinan berlaku 3 kerosakan:-
pertama - kebocoran minyak pada "brake master pump" cuba lihat kapet di kawasan "brake pedal" samada berminyak atau tidak.jika berminyak (minyak brake) "brake master pump" perlulah ditukar.
kedua - kebocoran minyak pada sistem perpaipan minyak "brake",kebiasaannya berlaku pada kebocoran pada "brake hose"serta "brake silinder pump".jika berlaku kebocoran perlulah ditukar.
ketiga - kehausan pada "brake pad" dan "brake disc" akan menyebabkan komponen-komponen itu menjadi nipis, dan keadaan ini akan menyebabkan pengurangan paras minyak "brake".

5. periksa keadaan tayar, jika telah haus atau botak perlulah ditukar dengan kadar segera.

TERDAPAT 2 KEUTAMAAN PADA SEBUAH KERETA:- TAYAR DAN SYSTEM BRAKE.JIKA BERLAKU KEROSAKAN PADA KOMPONEN-KOMPONEN "SYSTEM BRAKE" PERLULAH DITUKAR SECEPAT YANG MUNGKIN.INI KERANA "SYSTEM BRAKE" ADALAH AMAT PENTING UNTUK MEMPERLAHANKAN DAN MEMBERHENTIKAN SEBUAH KERETA.JIKA BERLAKU KEHAUSAN BUNGA PADA TAYAR PERLULAH DITUKAR SEKADAR YANG SEGERA.INI KERANA SEBUAH KERETA DITAMPUNG BEBAN OLEH TAYAR,APABILA BERLAKU KEPECAHAN TAYAR SEMASA BERGERAK,KOMPONEN PERTAMA YANG AKAN DITEKAN DAHULU OLEH PEMANDU ADALAH BRAKE.CUBA BAYANGKAN SEMASA MEMBRAKE,TIBA-TIBA BRAKE GAGAL BERFUNGSI (MUNGKIN BRAKE PAD TELAH NIPIS TAPI DEGIL TAKNAK TUKAR ATAU BERLAKU KEBOCORAN MINYAK TAPI DEGIL TAK NAK TUKAR)INI AKAN MENGAKIBATKAN BERLAKUNYA KEMALANGAN.JIKA BERLAKU KEMALANGAN TOLONGLAH JANGAN CARI MEKANIK UNTUK DIPERSALAHKAN.

6. periksa paras sukatan air pada tangki air (radiotor water) @ (cooling system), periksa juga jikalau terdapat kebocoran air pada tangki dan enjin.

7. periksa tangki air bagi pengilap cermin (wiper blade) serta keadaan getah(rubber) pengilap cermin (wiper blade).jikalau keadaan "wiper blade" kurang baik silalah tukar sebab cuaca di malaysia sekarang ini selalu hujan pada sebelah petang.periksa juga pancutan air "wiper motor" pada cermin samada pancutan air itu tepat pada tengah-tengah cermin atau tidak. jika tidak haruslah diperbetulkan arah pancutan air pada cermin.

8. periksa sistem tali sawat(fan belt,V belt, alternator belt, aircorn belt, power stering belt) jikalau berlaku kerosakan seperti "fan belt" merekah, retak atau kesan-kesan pecah-pecah haruslah ditukar.

9. periksa sistem pembersihan angin (air cleaner system) jika kotor haruslah ditukar.

10. periksa kesejukkan "aircorn". jikalau kurang sejuk, tambahlah "aircorn gas" serta periksa jikalau terdapat kerosakan atau kebocoran pada komponen-komponen "cooling system".

11. periksa kelicitan dan sukatan pada minyak "Axel".

12. periksa minyak "Hidraulic".[jika ada]

13. periksa segala jenis sistem perlampuan (interior & exterior lightning system).lampu yang paling penting adalah lampu "brake" dan lampu penunjuk arah(signal lamp).

Tiada ulasan: