Khamis, 17 Mac 2011

Yee Mee Uptown Damansara

tadi pada pukul 9.30 malam bertempat di Uptown Damansara, selepas urusan bank-in duit selesai aku singgah makan malam bersama kawan baik, atan. pada masa itu aku tengok orang ramai makan di sana. aku biasa makan di tempat biasa, Steven Corner. Di situ aku biasa mengambil pesanan makanan yang biasa aku suka makan iaitu Yee Mee - RM5 je aku biasa akan makan 2 pinggan kawan aku pula akan makan sepinggan sahaja walaupun berbadan besar tapi selera makan dia tidak berapa ketara berbanding aku. kawan aku mengambil pesanan yang sama Yee Mee. minuman pula - tea o limau ais manakala aku pula tea 'o' panas - RM2.60. sambil makan kami berborak perihal kerja masing-masing dengar khabar dari dia bahawasenya syarikat kerja dia akan melelong stor simpanan barangan elektroknik dengan harga RM1.6 juta. dengar kata juga stor simpanan itu dijual disebabkan pergaduhan antara adik beradik tauke besar mereka. stor simpanan itu dibeli atas nama adik tauke tersebut manakala abangnya pula hanya menumpang disebabkan adiknya juga mempunyai share dalam syarikat tersebut. disebabkan pergaduhan adik beradik mereka stor simpanan terpaksa dilelong dan terpaksa mencari stor simpanan yang lain pula dan syarikat tempat kerja kawan aku itu terpaksa dipindah ke kawasan yang lebih jauh sedikit dari kawasan tempat tinggal mereka. setelah dibincang oleh pengurus cawangan stor simpanan tersebut tauke besar mereka sanggup berdebat untuk membeli stor simpanan tersebut dengan harga RM 2 juta oncash. setelah leka berborak makanan yang aku makan telah habis lalu aku membuat pembuat pesanan satu lagi Yee Mee. Makanan disitu memang menyelerakan tambah-tambah lagi segar-segar belaka sayur yang mereka hidangkan harga pula berpatutan. sebenarnya aku suka makan Yee Mee disebabkan makanan ini masa zaman sekolah ada dijual di kedai-kedai kantin. setelah tamat pengajian di sekolah menengah aku terus kerja di bengkel kereta. setelah lebih kurang 8 tahun aku tidak merasa makanan itu disebabkan aku tidak tahu nama makanan itu. Yee Mee adalah makanan cina. jadi aku tidak berani makan makanan itu di kedai cina sebab tak halal. jadi aku cuba cari di kedai-kedai cina muslim tapi mereka tidak membuat makanan itu sebab penjelasan aku kurang jelas agaknya 'lah'. entah macam mana mungkin secara kebetulan, aku kebetulan keluar makan bersama keluarga member dan mereka mengajak aku makan di Uptown Damansara dan kebetulan makan di kedai Steven Corner yang hanya menjual Chicken Chop dan aku tidak tahu yang dia telah lama membuka kedai yang lain pula mungkin aku hanya singgah makan di kedai dia sahaja, mungkin. dan mereka duduk singgah di kedai Steven Corner yang lain pula. mereka meminta aku memesan makanan tapi aku tengok adik member aku makan makanan yang berasap-asap baru sahaja masak. lalau aku mengikut makanan dia yang makan itu juga. setelah siap di masak aku dihidangkan makanan itu dan aku terkejut kerana makanan itu adalah makanan yang sama pada zaman sekolah aku selalu jamah. dan baru aku tahu namanya iaitu Yee Mee. setelah selesai makan aku memesan satu lagi Yee Mee, hehehe. keluarga member aku melihat aku khusyuk makan lalu aku cakap makanan Yee Mee ini sangat sedap rindu zaman sekolah.

p/s :- kalau korang semua nak merasa makanan Yee Mee ni korang datang la Uptown Damansara, Steven Corner korang order Yee Mee pasti puas hati sebab tadi aku tengok time makan kat situ memamg agak ramai juga yang memesan Yee Mee tersebut. RM 5 sahaja.

Tiada ulasan: