Jumaat, 18 Mac 2011

kucing aku buang air besar

aku malam tadi terlupa hendak keluarkan kucing aku dari ruang tamu, dan aku terlelap dengan kusyuknya akibat badan keletihan. dan pagi tadi aku bangun tidur dan terbau haruman yang kurang menyenangkan hidungku. aku dapat mengecam haruman itu dan aku lekas-lekas bangkit dari tidur aku lalu aku lihat hujung kaki aku di atas selimut aku yang berlonggok sudah mempunyai tahi kucing dan aku terpijak najis itu yang masih lagi hangat, ini bermakna najis itu masih lagi baru sahaja di keluarkan. dan aku lihat kucing aku sudah berada di atas meja komputer aku. aku cepat-cepat mengangkatnya keluar agar kesan najisnya itu tidak terkena pada barangan komputer aku. aku sudah kelam-kabut sebab aku terbangun lewat pada pukul 6.30 pagi. aku membersihkan kesan najis itu pada selimut aku.

Tiada ulasan: